PENDIDIKAN

Beliau pemegang ljazah Doktor Falsafah dalam bidang Mikrobiologi Perubatan dari Fakulti Perubatan UnisZa dan Sarjana Sains Perubatan dari Fakulti Perubatan UIAM.

Juga boleh rujuk di Google Scholar untuk detail background Dr. Ridzuan.

https://scholar.google.com/citations?user=C9LYUaYAAAAJ&hl=en

KERJAYA

Sebelum beliau berkecimpung dalam bidang penyelidikan perubatan, Dr. Muhd Ridzuan telah mendapat latihan dan bimbingan klinikal sebagai ahli mikrobiologi perubatan di Jabatan Patologi Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan dibawah seliaan Pakar  Perunding Mikrobiologi Klinikal iaitu Dr. Roesnita Baharudin selama 4 tahun (2012-2015).

Setelah tamat PhD dalam Mikrobiologi Perubatan pada 2018, beliau menjawat jawatan Pensyarah Kanan Mikrobiologi Perubatan di Sekolah Perubatan Antarabangsa (IMS-MSU) sebelum membuat keputusan menceburi bidang perniagaan sepenuh masa pada 2021.

Dr. Muhd Ridzuan merupakan ahli profesional Persatuan Mikrobiologi Amerika (American Society of Microbiology) dan Ahli Profesional Persatuan Jangkit Berjangkit dan Kimoterapi Malaysia (Malaysian Society of Infectious Diseases & Chemotherapy (MSIDC).

Sepanjang penglibatan dalam bidang kajian perubatan, hasil penyelidikan beliau telah banyak menerima anugerah diperingkat tempatan dan juga antarabangsa melalui convention & expo innovasi antarabangsa seperti ITEX, MTE, PECIPTA, PERINTIS dan sebagainya.

MEDICAL RESEARCH

Beliau juga aktif dalam penyelidikan berkaitan jangkitan kulit dan pembangunan produk kesihatan berkaitan kulit terutama ekzema, jangkitan kulat dan kegatalan kulit. Sejak 2013, lebih 40 jurnal dan buku ilmiah diperingkat antarabangsa dan kebangsaan telah diterbitkan beliau.

Dr. Ridzuan berpengalaman luas dalam penyelidikan perubatan terutama dalam bidang sains perubatan seperti mikrobiologi perubatan, kesihatan kulit, pembangunan produk perubatan dan perubatan herba.

Diatas sumbangan dan komitmen beliau dalam penyelidikan perubatan, beliau telah dianugerahkan Anugerah Penyelidik Muda (Young Investigator Award) dari Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) pada tahun 2017. Selain dari itu, hasil penyelidikan yang telah beliau jalankan telah diiktiraf di peringkat antarabangsa dan kebangsaan dimana beliau telah dianugerahkan lebih 30 anugerah inovasi penyelidikan terutama dalam bidang penyelidikan perubatan dan farmasiutikal.

INDUSTRI

Dr. Muhd Ridzuan menubuhkan 2 syarikat iaitu Dr.Ridz Manufacturing & Dr.Ridz SkinLabs. 

Dr.Ridz Manufacturing adalah  pusat pengilangan produk OEM & ODM berasaskan penyelidikan dan makmal analisis yang bertaraf GMP (Good Manufacturing Practice) dan diiktiraf HALAL dari JAKIM dan mempunyai jaringan kerjasama dengan pusat-pusat pengajian tinggi (universiti) dan juga institusi penyelidikan di seluruh Malaysia.

Manakala Dr.Ridz SkinLabs pula adalah jajaran produk yang dikeluarkan sendiri oleh Dr. Ridzuan melalui hasil kajian beliau dalam bidang mikrobiologi & pengektrakan herba.

CONSULTATION

Dr. Ridzuan juga merupakan konsultan lebih 15 buah syarikat kesihatan dan produk berkaitan produk kesihatan kulit, skin care dan kosmetik. Selain bergiat aktif dalam bidang perniagaan,beliau juga sangat komited dalam penyelidikan  berkaitan dengan kesihatan kulit perubatan herba,  pembangunan produk perubatan kosmetik dan pemakanan kearah kesejahteraan hidup masyarakat yang lebih berkualiti.