DIY : Teknik Saline Water (Air Garam) Untuk Keringkan Eczema Basah

  #Tanya Dr.RIDZ  

Artikel ini ditulis oleh:
Dr. PM Ridzuan
Head of Researcher, Director of Dr.Ridz SkinLabs & Dr.Ridz Manufacturing Sdn Bhd.

Salah satu cabaran untuk handle eczema ni adalah bila makin kronik dan makin teruk seperti berair, bergelembung air, bengkak. Ruam kulit ni akan sentiasa berair, bernanah & berabau hanyir buatkan kita memang tak selesa.

Sebenarnya ada cara yg kita sendiri boleh buat sendiri dirumah tanpa perlu ke klinik untuk keringkan eczema basah ni. Caranya adalha gunakan air garam atau “Normal atau 0.9% Saline Water”

Isi Kandungan

  • Apa tu 0.9% Atau Normal Saline Water
  • Teknik Rawatan Saline Water
  • Nak Guna Apa Lepas Saline Water?

APA TU 0.9% atau NORMAL SALINE WATER

Perasankan kalau masuk wad, sebelah katil patient tu biasanya ada bag-bag air yang tergantung kat tiang tu. Tu la saline water.

Normal saline ni merujuk kepada larutan yang terdiri dari 0.9% kepekatan sodium klorida, NaCl (garam) dalam air. Hanya kepekatan sodium klorida ini sahaja yang dikenali sebagai “Normal Saline” sebab osmolaritinya hampir sama dengan osmolariti darah.

Kalau di hospital/klinik, biasanya normal saline ni digunakan untuk pelbagai tujuan termasuk untuk membersih/irigasi (wash out) luka dan tisu organ. Ini kerana normal serline bersifat antiseptik yang mampu menghalang mikroorganisme patogen menjadi punca jangkitan hingga menyebabkan gatal-gatal seperti kulat, bakteria, parasit dan virus. Saline water juga mempunyai kesan anti-inflamasi untuk meredakan radang & gatal-gatal pada kulit.

500ml Normal Saline ( Sodium Chloride 0.9%) For Intravenous Infusion ...

Normal saline ini boleh dibeli di farmasi atau di kedai cermin mata kerana larutan ini juga digunakan untuk membasuh kanta pelekap (contact lens).

TEKNIK RAWATAN SALINE WATER

  1. Tuangkan air saline (0.9% NaCl) ke dalam mangkuk agak-agak cukup untuk kita rendamkan gauze. (boleh juga gunakan kain/tuala lembut yang nipis asalkan tak melekat pada kulit yang basah tu)
  2. Tekap atau “dap-dap” kain/gauze yang basah tadi berulang kali setiap 5-10 minit sehingga kulit menjadi kering. Lakukan proses ni 3-4 kali sehari. Lagi kerap buat, lagi cepat kulit tu kering. So kalau larat, ulang je banyak-banyak kali sampai kulit kembali kering.
  3. Sapu krim yang serasi secara intensif. Selepas kawasan tu dah kering (proses ini boleh mengambil masa 1-2 hari bergantung kepada frekuensi pembersihan), sapu cream di kawasan bermasalah. Boleh guna cream herba base seperti Dr.Ridz Soothing Cream
  4. Bila dah kering barulah disapu krim/pelembap secara intensif. Tunggu antara 15-30 minit selepas sapu cream sebelum apply moisturizer. Untuk kes kaki dan tangan berair dan berbelon, boleh terus rendam kaki dan tangan tu ke dalam larutan saline.
  5. Apply teknik Wet Dressing untuk kawasan ruam berair yang lebih luas (bukan tertumpu pada suatu tempat). Boleh  menggunakan tuala nipis yang direndam dengan saline water kemudian balut bahagian yang bermasalah.
  6. Boleh spray je saline water bila tuala tadi tu dah nampak kering untuk bagi dia lembap balik. Bila dah kotor, tukar dengan tuala yang baru & ulang process tadi sampai la kulit dah kering barulah sapu krim/pelembab secara intensif.


Kalau selepas prosedur ni kulit jadi terlajak kering & sakit, boleh gunakan pelembap untuk sapu bahagian yg terlalu kering tu. Kalau boleh gunakan pelembab yang jenis krim atau losyen, bukan ointment (petroleum gel) sebab jenis ni sangat likat so saya takut dia senang memerangkap habuk/kotoran then trigger balik eczema tadi tu.

 

PERHATIAN!

Kalau anda menggunakan cream Dr.Ridz Soothing Cream untuk merawat eczema, pastikan lap dulu luka basah hingga kering takut kalau terus apply, krim ni tak betul-betul sampai ke kulit. Jadi lambat untuk dia bertindak.

Ada kes yang selepas 2-4 hari penggunaan, kulit akan kelihatan lebih merah/berair. Jangan risau ye, ini adalah tanda-tanda biasa “healing mechanism” untuk kulit tu sembuh. Semasa proses ni, kulilt akan menghasilkan sel-sel yang baru untuk ganti kulit yang rosak. Once dah kering nanti, kulit lama tu akan mengelupas & digantikan dengan kulit yang baru. Terus consistent guna sampai nampak perubahan.

p/s:
Kalau anda masih lagi tercari-cari rawatan alternatif tanpa steroid, boleh cuba Dr.Ridz Soothing Cream hasil kajian saya selama lebih dari 6 tahun – 100% herba base. Jangan risau, ada moneyback guarantee kalau dah guna tapi tak ada positive result.

MORE RELATED ARTICLES...

Diet Eczema

Pantang Pemakanan untuk Ekzema: Betul-Betul Berkesan ke?

Memang betul pepatah ada cakap “Punca segala penyakit adalah dari perut”. Tapi tak kurang betulnya kalau kita cakap “Punca segala penawar pun adalah dari perut” kan? Sebab mostly yang kita makan tu lah yang akan jadi sumber tenaga, immune defence (vitamin, mineral, fiber) etc untuk badan kita kalis penyakit. Jadi main pantang ikut dan ni bukan je elak penyakit, tapi boleh jadi elak “penawar” juga kan?

Read More »
DIY : Eczema Treatment

DIY : Teknik Saline Water (Air Garam) Untuk Keringkan Eczema Basah

Salah satu cabaran untuk handle eczema ni adalah bila makin kronik dan makin teruk seperti berair, bergelembung air, bengkak. Ruam kulit ni akan sentiasa berair, bernanah & berabau hanyir buatkan kita memang tak selesa.

Sebenarnya ada cara yg kita sendiri boleh buat sendiri dirumah tanpa perlu ke klinik untuk keringkan eczema basah ni. Caranya adalha gunakan air garam atau “Normal atau 0.9% Saline Water”

Read More »
Diet Eczema

Betul ke Ayam Cucuk Ni Boleh Trigger Eczema?

“Kalau ada eczema, jangan makan ayam pasar (ayam cucuk), makan ayam organik je.” Selalu juga kan dengar statement pasal ayam cucuk ni betul? Dari feedback-feedback orang, memang ada yang work, ada yang tak. Jadi adakah betul ayam ni memang akan trigger eczema?

Hari ni saya bukan nak backup mana-mana tokey ayam, tapi saya share dari sudut pandang sains base on kajian & feedback pesakit eczema tu sendiri.

Read More »
Diet Eczema

Betul Ke Makan Roti/Biskut (Gluten Base) Lama-Lama Boleh Dapat Eczema?

“Kalau ada eczema, jangan makan gluten.” Pernah dengar statement macam ni? Kedengaran macam logik, tapi is it really true? Atau sebenarnya ia cuma mitos yang selalu kita dengar bila sembang pasal pemakanan dan eczema? Sebenarnya bab-bab diet eczema ni banyak sangat misleading. Apa yang sains cakap, tak sepenuhnya agree dengan public opinion ni. Hari ni saya share skit isu ni dari sudut pandang sains & journal-journal perubatan.

Read More »
Diet Eczema

#3 Mitos Kaitan Gluten Dengan Masalah Eczema Paling Popular Di Malaysia. Baca Ni Dulu Sebelum Korang Nak Pantang.

Topik pasal “Gluten” (tepung) ni memang sangat-sangat popular especially untuk yang ada masalah eczema & “leaky guts”. Tapi dalam banyak perception orang pasal gluten ni, rupanya banyak juga yang hanya “mitos” & salah faham. So, saya list #3 mitos/misconception yang paling famous. Yang nombor #3 tu la yang paling ramai terpesong.

Read More »

Leave a Reply