#Tanya Dr.RIDZ
Artikel ini ditulis oleh:
Dr. PM Ridzuan
Head of Researcher, Director of Dr.Ridz SkinLabs & Dr.Ridz Manufacturing Sdn Bhd.
“Doctor, anak saya yang ada dekat 10 tahun mengidap Eczema. Bab rawatan ni tak payah cerita la dah berapa ribu habis, mcm dah try. Semua doc kulit ni rasanya dah penah jumpa kot nk treat anak saya ni.
Lepas tu ada kawan saya share pasal roti putih boleh jd punca eczema tak baik-baik. Lepas tu saya pun try la pantang roti gardinea tu. Anak saya ni tiap2 pagi mesti makan gardinea. Gi sekolah pun bw bekal roti. Tapi lepas 2 bulan pantang roti, sampai hari ni eczema dia dah tak naik.
Macam kes anak saya ni, kiranya dia memang alahan dengan gluten ke Dr?”
—–
Baru-baru ni ada parent yang share anak dia terus hilang eczema lepas berenti makan roti putih (i.e: gardenia, etc). Alhamdulillah, syukur dia dh jumpa main culprit yg trigger eczema anak dia. Maybe ramai juga parent kat luar sana tu experience benda yang sama. So, hari ni saya cuba untuk explain dari sudut pandang scientific fact berkenaan kes roti putih & eczema ni.
Isi Kandungan
- Bagus ke Tak Roti Putih Ni?
- Bagaimana Roti Putih Boleh Cetuskan Eczema.
- Implikasi Terhadap Eczema Kanak-Kanak
- Alternatif yang Lebih Baik untuk Kanak-Kanak dengan Eczema
- Kesimpulan
- Nasihat Saya
Bagus ke Tak Roti Putih Ni?
“Roti Putih” tak kira la apa jenama sekali pun (Massimo, Mighty White, Gardenia) bukanlah pilihan terbaik walaupun untuk orang yang sihat, apatah lagi yang ada masalah eczema.
Roti putih merupakan Highly Processed Food yang di proses dari gandum. Untuk menghasilkan tepung atau roti yang putih, pengilang perlu membuang bahagian Bran dan Germ gandung, meninggalkan bahagian Endosperm sahaja. Proses tersebut menyebabkan kehilangan khasiat penting dari gandum termasuk serat, mineral dan vitamin.
Lagi pun roti putih ni hanya sumber simple carbs. Selepas makan, gula dalam darah akan meningkat dengan pantas. Tahukan makanan gula tinggi pun antara benda-benda yang boleh trigger eczema? Pilihan alternatif yang lebih baik adalah roti jenis Wholemeal atau Whole wheat. Roti jenis ini masih ada kandungan serat, vitamin dan mineral.
Bagaimana Roti Putih Boleh Cetuskan Eczema.
Dalam konteks kanak-kanak yang mempunyai eczema, berikut adalah penjelasan khusus mengenai mengapa roti putih boleh menjadi kurang baik untuk kanak-kanak dengan eczema:
Kandungan Indeks Glisemik (GI) Tinggi Meningkatkan Keradangan:
Roti putih mempunyai indeks glisemik tinggi, yang bermaksud ia menyebabkan peningkatan gula darah yang cepat. Lonjakan gula darah ini boleh mencetuskan keradangan sistemik dalam badan, yang merupakan faktor utama yang memperburuk eczema. Keradangan tambahan boleh memperhebatkan gatal dan kemerahan kulit (Kim et al., 2019).
.Serat Rendah Menjejaskan Kesihatan Usus:
Kesihatan usus yang baik sangat penting untuk kanak-kanak dengan eczema, kerana usus yang sihat membantu mengawal keradangan dan menyokong sistem imun. Roti putih, kerana kandungan seratnya yang rendah, tidak membantu menyuburkan mikrobiota usus. Ini boleh menyumbang kepada kebocoran usus (leaky gut), di mana protein yang tidak dicerna (seperti gluten) boleh masuk ke aliran darah dan mencetuskan eczema flare-up (Fasano et al., 2011).- Gluten dan Sensitiviti Makanan:
Gluten yang terdapat dalam roti putih boleh menjadi pencetus keradangan pada sesetengah kanak-kanak dengan eczema, terutama jika mereka mempunyai sensitiviti gluten atau tanda awal sindrom autoimun seperti penyakit celiac. Walaupun tidak semua kanak-kanak dengan eczema sensitif kepada gluten, mereka yang mempunyai usus yang sensitif mungkin mengalami flare-up selepas makan produk berasaskan gluten (Sapone et al., 2012).
Boleh baca kaitan gluten dengan eczema di sini : Gluten dan Ekzema: Betul Ke Ada Kaitan? Gula Tambahan dan Bahan Pengawet:
Sesetengah roti putih komersial mengandungi gula tambahan atau pengawet untuk meningkatkan rasa dan jangka hayat. Gula tambahan boleh menggalakkan keradangan, sementara bahan pengawet seperti asid sorbik atau propionat boleh menyebabkan reaksi sensitif pada kulit bagi sesetengah kanak-kanak dengan eczema (Boonstra et al., 2015).Kandungan Nutrien yang Rendah:
Roti putih kurang mengandungi nutrien penting seperti vitamin E, zink, dan asid lemak omega-3, yang penting untuk menyokong kesihatan kulit dan mengurangkan keradangan. Kekurangan nutrien ini boleh menjejaskan pemulihan kulit kanak-kanak dengan eczema.Pemprosesan Intensif:
Tepung halus dalam roti putih telah melalui pemprosesan intensif yang menghilangkan bran dan germ bijirin. Pemprosesan ini mengurangkan kehadiran fitonutrien dan antioksidan yang mungkin membantu melindungi kulit daripada keradangan.
Implikasi Terhadap Eczema Kanak-Kanak
- Flare-Up Lebih Kerap: Lonjakan gula darah dan keradangan yang disebabkan oleh roti putih boleh memperburuk eczema flare-up pada kanak-kanak yang sensitif.
- Kesihatan Usus Terganggu: Pengurangan serat dan nutrien dalam roti putih boleh menyumbang kepada kebocoran usus, memperburuk simptom eczema.
- Imuniti Lemah: Kekurangan serat dan nutrien boleh menjejaskan imuniti kulit, menjadikannya kurang tahan terhadap faktor luaran seperti bakteria dan alergen.
Alternatif yang Lebih Baik untuk Kanak-Kanak dengan Eczema
- Roti Bijirin Penuh atau Tinggi Serat:
Roti bijirin penuh mengandungi serat yang menyuburkan mikrobiota usus, membantu mengurangkan keradangan sistemik, dan menyokong kesihatan usus. - Roti Tanpa Gluten:
Jika kanak-kanak mempunyai sensitiviti gluten, pilihlah roti bebas gluten yang dibuat daripada tepung seperti beras perang, quinoa, atau kelapa. - Roti Buatan Sendiri:
Membuat roti sendiri membolehkan anda mengawal bahan-bahan, mengelakkan gula tambahan, bahan pengawet, dan bahan yang berpotensi mencetuskan alergi. - Variasi Karbohidrat:
Selain roti, gantikan dengan sumber karbohidrat lain seperti nasi perang, ubi keledek, atau quinoa, yang lebih padat nutrien dan rendah risiko mencetuskan flare-up.
Kesimpulan – Kalau Boleh Elak, Better Elak..
Roti putih mungkin bukan pilihan terbaik bagi sesetengah kanak-kanak dengan eczema kerana ia rendah serat, tinggi indeks glisemik, dan berpotensi mencetuskan keradangan serta flare-up eczema.
Sebagai alternatif, pilih roti tinggi serat, roti bebas gluten, atau makanan karbohidrat yang lebih padat nutrien untuk menyokong kesihatan kulit dan usus kanak-kanak dengan eczema.
Nasihat saya
Kalau ada parent yang ada eczema anak dia tak sembuh walupun dah bertahun-tahun berubat, lepas tu memang kuat makan roti, mungkin boleh try untuk stop makan roti putih ni untuk 2 bulan then tengok ada improvement ke tak. Tak rugi pun mencuba. Tapi jangan pulak terus potong carbohydrate lain ye kalau positive yang roti ni jadi punca. Boleh cuba alternatif makanan carbohydrate yang kurang atau gluten-free.
Faktor trigger eczema ni boleh jadi dari macam-macam faktor, jadi jangan focus pada pantang roti sahaja. Focus juga pada:
- Kenal Pasti Faktor-Faktor Lain Yang Mungkin Pencetus
Suhu persekitaran (panas, kering, sebabkan kulit berpeluh), bahan-bahan kimia (sabun mandi, sabun basuh, perfume), pakaian, stress sangat pun boleh jadi antara yang cetuskan eczema anda. - Pilih Produk yang Selamat untuk Kulit
Bila eczema flare, quick treatment is key. Cari cream atau lotion yang gentle, hypoallergenic, dan bebas steroid (melainkan atas arahan doktor). Avoid fancy claims tanpa check ingredients dulu – banyak produk yang sebenarnya ada hidden steroids. - Be Informed and Consult Experts
Kalau awak rasa ada makanan tertentu trigger eczema, discuss dengan doktor atau pakar pemakanan. Mereka boleh bantu identify diet yang sesuai untuk keperluan awak. Kalau ada keperluan, boleh buat blood test untuk tengok apa yang alergik.
p/s:
Kalau anda masih lagi tercari-cari rawatan alternatif tanpa steroid, boleh cuba Dr.Ridz Soothing Cream hasil kajian saya selama lebih dari 6 tahun – 100% herba base. Jangan risau, ada moneyback guarantee kalau dah guna tapi tak ada positive result.
References:
DrRidzSkinLabs.com has strict sourcing guidelines and relies on peer-reviewed studies, academic research institutions, and medical associations. We avoid using tertiary references.
- Dietary glycemic index, glycemic load, and chronic disease: an umbrella review of meta-analyses of prospective cohort studies
- Gliadin, zonulin and gut permeability: Effects on celiac and non-celiac intestinal mucosa and intestinal cell lines
- Spectrum of gluten-related disorders: consensus on new nomenclature and classification
- Additives and preservatives: Role in food allergy
- Nutrition and Atopic Dermatitis
MORE RELATED ARTICLES...
Jangan Makan #5 Jenis Ikan Ni Kalau Tak Nak Eczema Kembali Flare
#Tanya Dr.RIDZ Artikel ini ditulis oleh:Dr. PM RidzuanHead of Researcher, Director of Dr.Ridz SkinLabs & Dr.Ridz Manufacturing Sdn Bhd. Pernah tak jadi bila makan ikan tu badan terus naik gatal2, atau ruam2 merah mcm alergik? Kalau ye, anda mungkin dalam kategori yg ada alahan dengan ikan2 ni. Especially kalau ada masalah eczema, atau kulit ada luka2 besar (pembedahan etc),
Pantang Pemakanan untuk Ekzema: Betul-Betul Berkesan ke?
Memang betul pepatah ada cakap “Punca segala penyakit adalah dari perut”. Tapi tak kurang betulnya kalau kita cakap “Punca segala penawar pun adalah dari perut” kan? Sebab mostly yang kita makan tu lah yang akan jadi sumber tenaga, immune defence (vitamin, mineral, fiber) etc untuk badan kita kalis penyakit. Jadi main pantang ikut dan ni bukan je elak penyakit, tapi boleh jadi elak “penawar” juga kan?
Lepas Pantang Roti Putih, Eczema Yang 10 Tahun Tu Terus Pulih!
“Doctor, anak saya yang ada dekat 10 tahun mengidap Eczema. Bab rawatan ni tak payah cerita la dah berapa ribu habis, mcm dah try. Semua doc kulit ni rasanya dah penah jumpa kot nk treat anak saya ni.
Lepas tu ada kawan saya share pasal roti putih boleh jd punca eczema tak baik-baik. Lepas tu saya pun try la pantang roti gardinea tu. Anak saya ni tiap2 pagi mesti makan gardinea. Gi sekolah pun bw bekal roti. Tapi lepas 2 bulan pantang roti, sampai hari ni eczema dia dah tak naik.”
Betul ke Ayam Cucuk Ni Boleh Trigger Eczema?
“Kalau ada eczema, jangan makan ayam pasar (ayam cucuk), makan ayam organik je.” Selalu juga kan dengar statement pasal ayam cucuk ni betul? Dari feedback-feedback orang, memang ada yang work, ada yang tak. Jadi adakah betul ayam ni memang akan trigger eczema?
Hari ni saya bukan nak backup mana-mana tokey ayam, tapi saya share dari sudut pandang sains base on kajian & feedback pesakit eczema tu sendiri.
#8 Menu Ayam Yang Boleh Trigger Eczema
Kadang-kadang pencetus eczema tu bukanlah ayam itu sendiri, tapi mungkin berpunca dari bahan-bahan campuran atau cara ayam itu dimasak. Contohnya cara goreng, perapan, atau rempah-rempah yang digunakan boleh trigger keradangan unduk individu yang sensitif. Jadi hari ni kita discuss sikit antara masakan-masakan yang mungkin boleh trigger eczema:
Betul Ke Makan Roti/Biskut (Gluten Base) Lama-Lama Boleh Dapat Eczema?
“Kalau ada eczema, jangan makan gluten.” Pernah dengar statement macam ni? Kedengaran macam logik, tapi is it really true? Atau sebenarnya ia cuma mitos yang selalu kita dengar bila sembang pasal pemakanan dan eczema? Sebenarnya bab-bab diet eczema ni banyak sangat misleading. Apa yang sains cakap, tak sepenuhnya agree dengan public opinion ni. Hari ni saya share skit isu ni dari sudut pandang sains & journal-journal perubatan.