Betul ke Ayam Cucuk Ni Boleh Trigger Eczema?

  #Tanya Dr.RIDZ  

Artikel ini ditulis oleh:
Dr. PM Ridzuan
Head of Researcher, Director of Dr.Ridz SkinLabs & Dr.Ridz Manufacturing Sdn Bhd.

“Kalau ada eczema, jangan makan ayam pasar (ayam cucuk), makan ayam organik je.”

Selalu juga kan dengar statement pasal ayam cucuk ni betul? Dari feedback-feedback orang, memang ada yang work, ada yang tak. Jadi adakah betul ayam ni memang akan trigger eczema?

Hari ni saya bukan nak backup mana-mana tokey ayam, tapi saya share dari sudut pandang sains base on kajian & feedback pesakit eczema tu sendiri.

Sebelum tu, suka saya ulang lagi kenyataan ni : Setiap pesakit eczema tak sama symptom & trigger dia. Jadi apa yang si “A” tak boleh makan, tak semestinya si “B” alergik juga kalau makan. Sebab tu jangan simply pantang sebarangan, cut everything sebab “ikut cakap orang”. Sebab banyak benda yang orang cakap kena pantang ni sangat penting untuk badan kita especially kanak-kanak.

Isi Kandungan

  1. Antara Sebab Kenapa Ayam Cucuk Boleh Trigger Eczema
    • Residuan Antibiotik dan Hormon
    • Makanan Ternakan yang Diproses
    • Less Chemical Exposure
    • Cara Masak
  2. Tapi, Tak Semestinya Ayam Organik Lebih Baik
  3. So, Should You Avoid Ayam Pasar?
  4. Kesimpulan: Makan Ayam Tak Salah, Tapi…
  5. Nasihat Saya

Antara Sebab Kenapa Ayam Cucuk Boleh Trigger Eczema

Memang ada beberapa fakta boleh dikaitkan dari sudut sains untuk backup pendapat tentang ayam organik ni adalah lebih baik dari ayam cucuk. Jadi hari ni kita ambik pandangan secara general je, tanpa nak ulas panjang.

1. Residuan Antibiotik dan Hormon

Ayam pasar (non-organic chicken) biasanya melalui penternakan intensif. Antibiotik dan growth hormones digunakan untuk mencegah penyakit atau mempercepatkan pembesaran ayam. Walaupun level residu ni technically safe mengikut standard keselamatan makanan, ada individu yang hypersensitive – especially those dengan chronic inflammatory conditions macam eczema.

 

2. Makanan Ternakan yang Diproses

Kebanyakan ayam bukan organik diberi diet processed grains seperti jagung dan kacang soya, yang kadang-kadang genetically modified (GMO). Diet ni dikatakan meningkatkan kandungan omega-6 dalam ayam.

  • Omega-6 ni pro-inflammatory, maksudnya ia boleh promote inflammation kalau tak seimbang dengan omega-3. For someone with eczema, imbalance ni mungkin trigger flare-up.

 

3. Less Chemical Exposure

Ayam organik biasanya diternak tanpa pesticides atau synthetic chemicals dalam diet mereka. For someone yang sangat sensitive, less exposure to toxins might help to reduce potential triggers.

 

4. Cara Masak

Mungkin juga yang trigger tu bukan ayam tu sendiri, tapi bahan-bahan campuran atau cara ayam itu dimasak. Contohnya cara goreng, perapan, atau rempah-rempah seperti cili, lada hitam, atau kari mengandungi sebatian yang boleh merangsang sistem imun dan mencetuskan flare-up eczema pada individu yang sensitif. In general, masakan rebus tu lebih ringan berbanding masakan lain.

Baca : #8 Menu Ayam Yang Boleh Trigger Eczema

Tapi, Tak Semestinya Ayam Organik Lebih Baik

Walaupun ada beberapa fakta sains seperti yang saya sebut di atas yang boleh back opinion pasal ayam organik ni, tapi fakta-fakta tersebut bukanlah kajian specific yang terang-terang cakap ayam cucuk ni tak bagus/bahaya (more like concern rather than proven).

1. Tiada Evidence Kukuh

Research menunjukkan eczema is mostly driven by genetic predisposition, overactive immune response, and a compromised skin barrier – bukan jenis ayam yang awak makan. So far, tak ada strong evidence yang directly connect ayam pasar dengan worsening eczema symptoms.

2. Residuan Antibiotik dan Hormon pada Tahap Selamat

Banyak orang risau pasal residu antibiotik dan hormon, tapi ayam di pasaraya biasanya comply dengan food safety standards. Level residu ni sangat rendah and unlikely to trigger keradangan pada most people termasuk pesakit eczema. Cuma mungkin ada kes-kes yang overly senstitive, walaupun level ni dianggap selamat, tapi untuk diorang masih lagi boleh cetuskan keradangan.

 

3. Diet Keseluruhan Lebih Penting

Focusing terlalu banyak pada jenis ayam sebenarnya boleh buat kita miss the bigger picture. Untuk manage eczema effectively, overall diet – especially yang kaya dengan anti-inflammatory nutrients – adalah lebih penting.

  • Omega-3 (contoh: ikan salmon, walnuts) lebih penting untuk balance inflammation.
  • Nutrien macam zinc dan vitamin D juga membantu repair kulit dan boost immune system.

4. Persepsi vs Realiti

Sometimes, kita rasa makanan organik lebih healthy overall, so kita anggap ia mesti bagus untuk eczema juga. Tapi perception alone tak cukup untuk justify diet change. But, kalau memang mampu untuk maintain diet pemakanan 100% organic, takde masalah. Sangat digalakkan.

Cuma kadang-kadang saya sceptical juga betul ke produk yang claim 100% organik ni betul-betul ke organik? Badan mana yang pantau & endorse brand/produk diorg ni betul-betul organik? Ke gimik marketing untuk lariskan produk je?

Since kita masih boleh sceptical pasal hormon/ vacsin/ antibiotik yang cucuk dekat ayam-ayam ni betul ke level selamat, logiknya kita pun boleh sceptical juga dengan claim-claim organik ni kan?

So, Should You Avoid Ayam Pasar?

The answer is: it depends.
Kalau awak rasa ayam pasar trigger eczema symptoms, it’s worth monitoring. Cuba buat Food Diary untuk track setiap makanan dan simptom eczema awak. Kalau betul ayam jadi pencetus, cuba elakkan, tak kisah ayam pasar atau organik.

Kalau rasa mampu dari segi (duit/masa), boleh amalkan 100% ayam organik. Yang penting, jangan terus pantang ayam ni tak tentu pasal sebab dengar cakap orang.

Tapi jangan terlalu fokus pada ayam semata-mata. Remember, eczema triggers sangat individual-specific. Apa yang jadi masalah untuk seseorang, mungkin langsung tak efek orang lain.

Kesimpulan – Makan Ayam Tak Salah, Tapi…

Ayam organik atau ayam pasar, it’s not the main culprit for eczema. Yang lebih penting ialah overall diet, gaya hidup, dan bagaimana awak monitor eczema triggers awak sendiri. Kajian kata diet cuma 5-10% je faktor eczema, tapi pengalaman pesakit menunjukkan pemakanan yang betul boleh membantu.


 

Nasihat saya

Eczema ni masalah kulit yang sangat complex, yang sampai hari ni pun banyak lagi yang menjadi misteri, perubatan sains moden pun tak boleh provide solution yang mutlak (mostly conventional treatment ni banyak berorientasikan penggunaan drug base contoh mcm steroid). 


Faktor trigger eczema ni boleh jadi dari macam-macam faktor, jadi jangan focus pada pantang ayam sahaja. Focus juga pada:

  1. Holistic Diet Management
    Jangan over-pantang tanpa ilmu. Eczema management bukan sekadar ayam organik atau ayam pasar – tapi gabungan diet yang seimbang:
    • Kaya omega-3 untuk reduce inflammation.
    • Ada cukup zinc dan vitamin D untuk support skin health.
  2. Kenal Pasti Faktor-Faktor Lain Yang Mungkin Pencetus
    Suhu persekitaran (panas, kering, sebabkan kulit berpeluh), bahan-bahan kimia (sabun mandi, sabun basuh, perfume), pakaian, stress sangat pun boleh jadi antara yang cetuskan eczema anda.
  3. Pilih Produk yang Selamat untuk Kulit
    Bila eczema flare, quick treatment is key. Cari cream atau lotion yang gentle, hypoallergenic, dan bebas steroid (melainkan atas arahan doktor). Avoid fancy claims tanpa check ingredients dulu – banyak produk yang sebenarnya ada hidden steroids.
  4. Be Informed and Consult Experts
    Kalau awak rasa makanan tertentu trigger eczema, discuss dengan doktor atau pakar pemakanan. Mereka boleh bantu identify diet yang sesuai untuk keperluan awak. Kalau ada keperluan, boleh buat blood test untuk tengok apa yang alergik.

p/s:
Kalau anda masih lagi tercari-cari rawatan alternatif tanpa steroid, boleh cuba Dr.Ridz Soothing Cream hasil kajian saya selama lebih dari 6 tahun – 100% herba base. Jangan risau, ada moneyback guarantee kalau dah guna tapi tak ada positive result.

MORE RELATED ARTICLES...

Diet Eczema

Jangan Makan #5 Jenis Ikan Ni Kalau Tak Nak Eczema Kembali Flare

  #Tanya Dr.RIDZ   Artikel ini ditulis oleh:Dr. PM RidzuanHead of Researcher, Director of Dr.Ridz SkinLabs & Dr.Ridz Manufacturing Sdn Bhd. Pernah tak jadi bila makan ikan tu badan terus naik gatal2, atau ruam2 merah mcm alergik? Kalau ye, anda mungkin dalam kategori yg ada alahan dengan ikan2 ni.  Especially kalau ada masalah eczema, atau kulit ada luka2 besar (pembedahan etc),

Read More »
Diet Eczema

Pantang Pemakanan untuk Ekzema: Betul-Betul Berkesan ke?

Memang betul pepatah ada cakap “Punca segala penyakit adalah dari perut”. Tapi tak kurang betulnya kalau kita cakap “Punca segala penawar pun adalah dari perut” kan? Sebab mostly yang kita makan tu lah yang akan jadi sumber tenaga, immune defence (vitamin, mineral, fiber) etc untuk badan kita kalis penyakit. Jadi main pantang ikut dan ni bukan je elak penyakit, tapi boleh jadi elak “penawar” juga kan?

Read More »
Diet Eczema

Lepas Pantang Roti Putih, Eczema Yang 10 Tahun Tu Terus Pulih!

“Doctor, anak saya yang ada dekat 10 tahun mengidap Eczema. Bab rawatan ni tak payah cerita la dah berapa ribu habis, mcm dah try. Semua doc kulit ni rasanya dah penah jumpa kot nk treat anak saya ni.

Lepas tu ada kawan saya share pasal roti putih boleh jd punca eczema tak baik-baik. Lepas tu saya pun try la pantang roti gardinea tu. Anak saya ni tiap2 pagi mesti makan gardinea. Gi sekolah pun bw bekal roti. Tapi lepas 2 bulan pantang roti, sampai hari ni eczema dia dah tak naik.”

Read More »
Diet Eczema

Betul ke Ayam Cucuk Ni Boleh Trigger Eczema?

“Kalau ada eczema, jangan makan ayam pasar (ayam cucuk), makan ayam organik je.” Selalu juga kan dengar statement pasal ayam cucuk ni betul? Dari feedback-feedback orang, memang ada yang work, ada yang tak. Jadi adakah betul ayam ni memang akan trigger eczema?

Hari ni saya bukan nak backup mana-mana tokey ayam, tapi saya share dari sudut pandang sains base on kajian & feedback pesakit eczema tu sendiri.

Read More »
Diet Eczema

#8 Menu Ayam Yang Boleh Trigger Eczema

Kadang-kadang pencetus eczema tu bukanlah ayam itu sendiri, tapi mungkin berpunca dari bahan-bahan campuran atau cara ayam itu dimasak. Contohnya cara goreng, perapan, atau rempah-rempah yang digunakan boleh trigger keradangan unduk individu yang sensitif. Jadi hari ni kita discuss sikit antara masakan-masakan yang mungkin boleh trigger eczema:

Read More »
Diet Eczema

Betul Ke Makan Roti/Biskut (Gluten Base) Lama-Lama Boleh Dapat Eczema?

“Kalau ada eczema, jangan makan gluten.” Pernah dengar statement macam ni? Kedengaran macam logik, tapi is it really true? Atau sebenarnya ia cuma mitos yang selalu kita dengar bila sembang pasal pemakanan dan eczema? Sebenarnya bab-bab diet eczema ni banyak sangat misleading. Apa yang sains cakap, tak sepenuhnya agree dengan public opinion ni. Hari ni saya share skit isu ni dari sudut pandang sains & journal-journal perubatan.

Read More »

Leave a Reply