#8 Menu Ayam Yang Boleh Trigger Eczema

  #Tanya Dr.RIDZ  

Artikel ini ditulis oleh:
Dr. PM Ridzuan
Head of Researcher, Director of Dr.Ridz SkinLabs & Dr.Ridz Manufacturing Sdn Bhd.

“Doktor, anak saya tak boleh makan ayam goreng, nanti eczema dia mesti naik balik. So adakah anak saya ni tak boleh terus makan ayam sampai bila-bila?”

Sebelum ni saya pernah ulas berkenaan anggapan orang ramai yang ayam cucuk boleh trigger ezema di SINI. Kadang-kadang pencetus eczema tu bukanlah ayam itu sendiri, tapi mungkin berpunca dari bahan-bahan campuran atau cara ayam itu dimasak. Contohnya cara goreng, perapan, atau rempah-rempah yang digunakan boleh trigger keradangan unduk individu yang sensitif. Jadi hari ni kita discuss sikit antara masakan-masakan yang mungkin boleh trigger eczema:

Isi Kandungan

  1. Kenapa 8 Menu Ni Berkemungkinan Boleh Cetuskan Eczema
    • Ayam Goreng atau Ayam Tepung
    • Ayam Masak Pedas atau Berempah
    • Ayam yang Diperap dengan Bahan Kimia atau Pengawet
    • Ayam Berasap atau Salai
    • Ayam Masak Sos Berkrim atau Berlemak Tinggi
    • Ayam Masak dengan Produk Tenusu
    • Ayam dalam Masakan Tinggi Garam atau MSG
    • Ayam yang Dipanggang dengan Lapisan Gula atau Madu
  2. Kesimpulan: Tukar Cara Masakan
  3. Nasihat Saya

Kenapa 8 Menu Ni Berkemungkinan Boleh Cetuskan Eczema:

 

1. Ayam Goreng atau Ayam Tepung

Tepung atau adunan salutan ayam mungkin mengandungi gluten, yang boleh mencetuskan eczema bagi individu dengan sensitiviti gluten. Minyak goreng yang digunakan berulang kali menghasilkan radikal bebas yang boleh mencetuskan keradangan dalam badan. Ayam goreng selalunya tinggi lemak trans dan minyak terhidrogenasi, yang boleh meningkatkan keradangan sistemik.
Contoh: Ayam goreng tepung rangup (fried chicken), chicken nuggets.

Boleh baca kaitan gluten dengan eczema di sini : Gluten dan Ekzema: Betul Ke Ada Kaitan?


2. Ayam Masak Pedas atau Berempah

Rempah seperti cili, lada hitam, atau kari mengandungi sebatian yang boleh merangsang sistem imun dan mencetuskan flare-up eczema pada individu sensitif. Hidangan pedas boleh meningkatkan suhu badan, yang seterusnya boleh menyebabkan kegatalan atau flare-up eczema.
Contoh: Ayam masak merah, ayam kari, ayam percik pedas.


3. Ayam yang Diperap dengan Bahan Kimia atau Pengawet

Commercial Marinate atau bahan seperti sos soya, MSG, pewarna tiruan, dan bahan pengawet seperti sodium nitrat boleh mencetuskan eczema untuk sesetengah individu. Gula tinggi dalam perapan juga boleh menyumbang kepada keradangan.
Contoh: Ayam BBQ komersial, ayam tandoori siap beli.


4. Ayam Berasap atau Salai

Daging asap boleh mengandungi bahan kimia seperti nitrosamin, yang dihasilkan semasa proses salai atau pengasapan. Bahan ini boleh mencetuskan keradangan.
Ayam salai sering diasinkan terlebih dahulu dengan bahan pengawet, yang boleh mencetuskan flare-up.
Contoh: Ayam salai, ayam bakar berasap.


5. Ayam Masak Sos Berkrim atau Berlemak Tinggi

Hidangan berasaskan krim atau mentega tinggi lemak tepu, yang boleh mencetuskan keradangan pada sesetengah individu. Bahan tambahan seperti keju olahan atau susu tepung mungkin mengandungi alergen yang memicu eczema.
Contoh: Ayam masak carbonara, ayam keju leleh, ayam mentega.


6. Ayam Masak dengan Produk Tenusu

Sesetengah kanak-kanak atau individu dengan eczema mungkin sensitif kepada protein dalam susu atau produk tenusu. Penggunaan mentega, yogurt, atau keju dalam masakan ayam boleh mencetuskan flare-up.
Contoh: Ayam tikka masala (dengan yogurt), ayam alfredo (dengan keju).


7. Ayam dalam Masakan Tinggi Garam atau MSG

Hidangan dengan kandungan garam atau MSG yang tinggi pun boleh mencetuskan keradangan dan sebabkan kulit senang untuk kering (terhidrate), making your eczema worse. Garam berlebihan juga boleh merosakkan keseimbangan elektrolit dalam badan, menjejaskan kesihatan kulit.
Contoh: Ayam kicap masin, ayam sos tiram, ayam panggang ala restoran.


8. Ayam yang Dipanggang dengan Lapisan Gula atau Madu

Gula tinggi dalam glaze atau lapisan seperti madu boleh mencetuskan lonjakan gula darah, yang seterusnya meningkatkan keradangan. Ingat ye, madu guna untuk masak ni tak sama dengan madu asli. Kebanyakkannya dah adulterated, campur air gula untuk cut cost & macam-macam.
Contoh: Ayam madu, ayam panggang glaze BBQ.

Bagaimana Cara Memasak Ayam untuk Pesakit Eczema?

Untuk mengurangkan risiko mencetuskan eczema, mungkin boleh cuba cara masakan yang lebih sihat dan ringkas:


1. Ayam Rebus atau Kukus:

Rebus atau kukus dengan sedikit garam dan herba ringan (contoh: daun bay, rosemary).


2. Ayam Panggang Tanpa Minyak Berlebihan:

Gunakan teknik memanggang sederhana tanpa glaze gula atau minyak yang berlebihan.

3. Ayam Masak Sup:

Sup ayam dengan sayuran tanpa rempah yang pedas.

4. Ayam Tumis:

Tumis dengan sedikit minyak zaitun, bawang putih, dan sayuran segar.

Kesimpulan: Tukar Cara Masakan

Tukar menu masakan ayam boleh jadi antara solution jika anda alergik dengan ayam. Menu masakan yang pedas, berminyak, berlemak, atau mengandungi bahan pengawet cenderung mencetuskan flare-up pada individu eczema. Sebaliknya, masakan yang ringkas seperti rebus, panggang tanpa minyak berlebihan, atau sup adalah pilihan yang lebih selamat. Jangan lupa untuk pantau semasa try & error ni, mungkin boleh record buat food diary ke untuk detect menu mana yang paling sesuai.

Lagi satu, makanan yang pre-heat atau 2-3 kali dipanaskan balik pun boleh trigger eczema tau sebab makanan pre-heat ni boleh increase histamin. So bila pesakit eczema makan, boleh increase histamin level dalam darah diorang dan cetuskan balik eczema.


 

Nasihat saya

Macam biasa, saya takkan advise untuk semua pesakit eczema untuk elak ayam dalam diet harian mereka unless betul-betul proven ayam tu memang trigger eczema mereka. Boleh cuba dulu tukar-tukar jenis masakan ayam tu. Kalau terus pantang ayam ni banyak masalah lain boleh timbul sebab kat malaysia ni ayam adalah antara sumber protein utama. Dan protein ni sangat penting untuk kesihatan kita termasuk juga kulit.

Lagi pun, banyak pesakit yang feedback alergik ayam ni lama-lama boleh hilang bila usia meningkat. Boleh introduce sikit-sikit dulu untuk badan kita untuk adapt dengan ayam ni. Atau boleh juga tukar ke ayam organic (kalau mampu) kemudian sikit-sikit bertukar ke ayam biasa.

p/s:
Kalau anda masih lagi tercari-cari rawatan alternatif tanpa steroid, boleh cuba Dr.Ridz Soothing Cream hasil kajian saya selama lebih dari 6 tahun – 100% herba base. Jangan risau, ada moneyback guarantee kalau dah guna tapi tak ada positive result.

MORE RELATED ARTICLES...

Diet Eczema

Jangan Makan #5 Jenis Ikan Ni Kalau Tak Nak Eczema Kembali Flare

  #Tanya Dr.RIDZ   Artikel ini ditulis oleh:Dr. PM RidzuanHead of Researcher, Director of Dr.Ridz SkinLabs & Dr.Ridz Manufacturing Sdn Bhd. Pernah tak jadi bila makan ikan tu badan terus naik gatal2, atau ruam2 merah mcm alergik? Kalau ye, anda mungkin dalam kategori yg ada alahan dengan ikan2 ni.  Especially kalau ada masalah eczema, atau kulit ada luka2 besar (pembedahan etc),

Read More »
Diet Eczema

Pantang Pemakanan untuk Ekzema: Betul-Betul Berkesan ke?

Memang betul pepatah ada cakap “Punca segala penyakit adalah dari perut”. Tapi tak kurang betulnya kalau kita cakap “Punca segala penawar pun adalah dari perut” kan? Sebab mostly yang kita makan tu lah yang akan jadi sumber tenaga, immune defence (vitamin, mineral, fiber) etc untuk badan kita kalis penyakit. Jadi main pantang ikut dan ni bukan je elak penyakit, tapi boleh jadi elak “penawar” juga kan?

Read More »
Diet Eczema

Lepas Pantang Roti Putih, Eczema Yang 10 Tahun Tu Terus Pulih!

“Doctor, anak saya yang ada dekat 10 tahun mengidap Eczema. Bab rawatan ni tak payah cerita la dah berapa ribu habis, mcm dah try. Semua doc kulit ni rasanya dah penah jumpa kot nk treat anak saya ni.

Lepas tu ada kawan saya share pasal roti putih boleh jd punca eczema tak baik-baik. Lepas tu saya pun try la pantang roti gardinea tu. Anak saya ni tiap2 pagi mesti makan gardinea. Gi sekolah pun bw bekal roti. Tapi lepas 2 bulan pantang roti, sampai hari ni eczema dia dah tak naik.”

Read More »
Diet Eczema

Betul ke Ayam Cucuk Ni Boleh Trigger Eczema?

“Kalau ada eczema, jangan makan ayam pasar (ayam cucuk), makan ayam organik je.” Selalu juga kan dengar statement pasal ayam cucuk ni betul? Dari feedback-feedback orang, memang ada yang work, ada yang tak. Jadi adakah betul ayam ni memang akan trigger eczema?

Hari ni saya bukan nak backup mana-mana tokey ayam, tapi saya share dari sudut pandang sains base on kajian & feedback pesakit eczema tu sendiri.

Read More »
Diet Eczema

#8 Menu Ayam Yang Boleh Trigger Eczema

Kadang-kadang pencetus eczema tu bukanlah ayam itu sendiri, tapi mungkin berpunca dari bahan-bahan campuran atau cara ayam itu dimasak. Contohnya cara goreng, perapan, atau rempah-rempah yang digunakan boleh trigger keradangan unduk individu yang sensitif. Jadi hari ni kita discuss sikit antara masakan-masakan yang mungkin boleh trigger eczema:

Read More »
Diet Eczema

Betul Ke Makan Roti/Biskut (Gluten Base) Lama-Lama Boleh Dapat Eczema?

“Kalau ada eczema, jangan makan gluten.” Pernah dengar statement macam ni? Kedengaran macam logik, tapi is it really true? Atau sebenarnya ia cuma mitos yang selalu kita dengar bila sembang pasal pemakanan dan eczema? Sebenarnya bab-bab diet eczema ni banyak sangat misleading. Apa yang sains cakap, tak sepenuhnya agree dengan public opinion ni. Hari ni saya share skit isu ni dari sudut pandang sains & journal-journal perubatan.

Read More »

Leave a Reply