#Tanya Dr.RIDZ
Artikel ini ditulis oleh:
Dr. PM Ridzuan
Head of Researcher, Director of Dr.Ridz SkinLabs & Dr.Ridz Manufacturing Sdn Bhd.
“Kalau ada eczema, jangan makan gluten.” Pernah dengar statement macam ni? Dengar macam logik, tapi is it really true? Sebenarnya bab-bab diet eczema ni banyak sangat misleading. Apa public opinion cakap, tak semestinya agree dengan kajian sains. Jadi hari ni saya ulas skit topik ni dari sudut pandang sains & journal-journal perubatan.
Sebelum tu, suka saya ulang lagi kenyataan ni : Setiap pesakit eczema tak sama symptom & trigger dia. Jadi apa yang si “A” tak boleh makan, tak semestinya si “B” alergik juga kalau makan. Sebab tu jangan simply pantang sebarangan, cut everything sebab “ikut cakap orang”. Sebab banyak benda yang orang cakap kena pantang ni sangat penting untuk badan kita especially kanak-kanak.
Gluten dan Ekzema: Betul Ke Ada Kaitan?
Isi Kandungan
- Apa Itu Gluten?
- Kaitan Gluten dengan Ekzema
- Bagaimana Gluten Boleh Trigger Ekzema?
- Contoh Makanan Tinggi Gluten
- Alternatif Gluten yang Lebih Sesuai untuk Ekzema
- Kesimpulan: Is it Gluten Really Cause Eczema?
- Nasihat Saya
Apa Itu Gluten?
First, apa sebenarnya gluten? Gluten ialah kumpulan protein yang ada dalam gandum, barli (barley), dan rai (rye). Gluten ni yang buat doh roti jadi elastik, senang diuli, dan membantu doh untuk “naik” semasa dibakar.
Sebab gluten ni mostly associate with carbohydrate-rich foods (bread, pasta, and baked goods), ramai yang ingat smua carbo-base adalah gluten. Jadi diorang akan elak makanan carbohydrate sebab nak elak gluten. Ingat ye, gluten is not carbohydrate! Sebelum pantang ikut orang cakap, baca dulu artikel ni supaya lebih faham & tak membuta tuli nak pantang makan.
Ramai juga salah faham antara wheat-free dengan gluten-free. Produk wheat-free hanya bebas gandum, tapi mungkin masih mengandungi gluten dari barli atau rai. Contohnya, sos soya biasa dan bir. Jadi, kalau nak elak gluten sepenuhnya, kena cari label “gluten-free” yang jelas.
Kaitan Gluten dengan Ekzema
Adakah makan gluten banyak lama-lama boleh dapat eczema? :
Jawapanya TIDAK!. Eczema adalah genetic disorder, bermakna ia memang dah ada dalam badan sejak lahir, bukan disebabkan oleh salah makan. DNA golongan ini lebih sensitif terhadap bahan tertentu. Bila makanan macam gluten atau laktosa dimakan, ia boleh mencetuskan reaksi dalam usus yang menyebabkan flare-up. Sebab tu wujud istilah seperti gluten intolerance dan lactose intolerance yang kadang-kadang orang salah anggap sebagai eczema.
Kalau makan gluten pastu naik ruam, adakah tu tanda dia ada eczema?
Jawapan ringkas: TAK SEMESTINYA. Tapi, untuk sesetengah individu, ia boleh mencetuskan flare-up eczema. Kajian menunjukkan bahawa gluten boleh menyebabkan masalah kulit seperti dermatitis herpetiformis (ruam gatal yang berkaitan dengan celiac disease).
Selain tu, mereka yang ada non-celiac gluten sensitivity (NCGS) juga mungkin alami simptom eczema yang lebih teruk selepas makan gluten. Keradangan sistemik (systemic inflammation) adalah salah satu sebab kenapa gluten dikaitkan dengan eczema. Gluten boleh mencetuskan tindak balas imun pada sesetengah individu, yang akhirnya memperburukkan keradangan kulit.
Bagaimana Gluten Boleh Trigger Ekzema?
Okay, so macam mana gluten ni boleh trigger eczema? Ada beberapa mekanisme yang mungkin berlaku:
- Immune Response (Tindak Balas Imun)
Bagi individu yang ada celiac disease, gluten boleh trigger reaksi autoimun dalam usus kecil. Gluten ni stimulate usus untuk release zonulin, sejenis protein yang loosens tight junctions dalam dinding usus. Bila ni berlaku, usus jadi bocor (leaky gut syndrome), membenarkan molekul gluten tak tercerna, toksin, dan bahan lain “bocor” masuk ke aliran darah. Sistem imun anggap benda ni ancaman, so dia keluarkan sitokin pro-radang untuk lawan. Tapi, side effect dia – keradangan sistemik yang akhirnya boleh sampai ke kulit dan trigger eczema flare-up. - Keradangan Sistemik (Systemic Inflammation)
Even kalau tak ada celiac disease sekalipun, sesetengah individu yang sensitif dengan gluten boleh experience keradangan. Gluten ni boleh tingkatkan molekul pro-radang macam IL-6 dan TNF-α, yang biasa kita kaitkan dengan flare-up eczema. Bila molekul ni tinggi dalam badan, ia boleh buat kulit makin gatal, merah, dan meradang. - Alergi Gandum (Wheat Allergy)
Kalau anda ada wheat allergy, sistem imun akan hasilkan antibodi IgE bila protein dalam gandum (termasuk gluten) masuk dalam system penghadaman. Then badan kita akan release histamin, yang boleh trigger gatal-gatal, ruam, atau kulit membengkak. Untuk kulit sensitif seperti eczema, badan diorang akan react lebih serius atau sebabkan flare-up baru.
In short, gluten ni tak direct attack kulit, tapi tindak balas imun dan keradangan yang ia cetuskan memang boleh buat eczema makin teruk untuk sesetengah orang.
Contoh Makanan Tinggi Gluten
Kalau anda nak elak gluten, ini senarai makanan yang biasa mengandungi gluten:
- Roti & Bakeri: Roti gandum, kek, croissant, biskut.
- Pasta & Mi: Spaghetti, mi ramen, lasagna.
- Bijirin: Barli (digunakan dalam malt dan bir), gandum durum.
- Snek: Pretzel, crackers.
- Sos & Kuah: Sos soya biasa, malt vinegar.
Kadang-kadang gluten juga boleh tersembunyi dalam bahan pemekat atau perisa malt. Jadi, selalu baca label makanan dengan teliti. Please take, “WHEAT FREE” tak bermaksud “GLUTEN FREE”.
Alternatif Gluten yang Lebih Sesuai untuk Ekzema
Kalau gluten trigger eczema anda, hati-hati jangan sampai boikot semua makanan carbohydrate. Tak semua carbo ni ada gluten. Ni saya bagi contoh alternatif bebas gluten yang selamat dan sesuai tanpa perlu cut carbohydrate:
- Bijirin Bebas Gluten:
○ Nasi (beras perang, putih, atau liar).
○ Quinoa – penuh protein dan nutrien.
○ Millet, teff, dan buckwheat (walaupun namanya ada “wheat,” ia bebas gluten). - Tepung Bebas Gluten:
○ Tepung badam dan kelapa (untuk baking).
○ Tepung ubi kayu (tapioca) dan kentang.
○ Tepung sorgum atau kacang buncis. - Pasta & Mi Bebas Gluten:
○ Pasta quinoa atau beras.
○ Glass noodles daripada ubi kentang. - Snek Bebas Gluten:
○ Tortilla chips jagung.
○ Crackers beras.Produk bebas gluten ni bukan je selamat untuk pesakit eczema, tapi juga kaya nutrien yang boleh bantu kulit pulih – win-win!
Kesimpulan: Is it true that gluten causes eczema?
Kalau makan produk gluten contoh macam roti, tak semestinya akan trigger eczema untuk semua pesakit. Dan kalau flare-up pun boleh jadi juga yang trigger bila makan roti tu bukan sebab gluten pun, tapi sebab sensitive dengan benda lain dalam roti tu. Sebab roti putih ni memang sangat-sangat tinggi pengawet, tinggi indeks glisemik (GI), benda yang sangat tak bagus especially untuk perut budak.
Adakah semua pesakit eczema perlu elak gluten? Tak semestinya. Apa yang penting ialah mengenal pasti apa yang jadi pencetus (trigger) untuk anda. Cuba food diary untuk track makanan dan simptom eczema anda. Kalau gluten kelihatan jadi masalah, cuba elakkan.
Nasihat saya
Sebab gluten ni banyak dalam makanan berasaskan carbohydrate, jangan sampai cut semua jenis makanan carbohydrate sebab nak elak gluten. Tak semua makanan carbo ada gluten. Carbo ni sangat penting untuk badan especially sumber tenaga. Simply pantang makanan carbo ni, mungkin boleh trigger masalah lain sebab carbo deficiency yang lebih serius!
In short, kalau anda tak boleh makan roti, tak bermaksud semua makanan carbo base tak boleh makan! Sebab tu penting buat “Food Diary”.
Lagi satu, jangan terlalu fokus pada gluten je – eczema management adalah tentang keseluruhan diet, termasuk makanan kaya omega-3, zinc, dan vitamin D. Pastikan pengambilan makanan (REAL FOOD!) seimbang especially untuk anak-anak eczema sebab diorg tengah membesar. Jangan main pantang ikut suka, ikut orang cakap & cut everything.
Tapi kalau nak pantang carbo from process food, junk food, yang tinggi gula tu tak pe, sangat-sangat digalakkan. Orang sihat pun tak patut makan benda-benda ni, apatah lagi pesakit eczema.
p/s:
Kalau anda masih lagi tercari-cari rawatan alternatif tanpa steroid, boleh cuba Dr.Ridz Soothing Cream hasil kajian saya selama lebih dari 6 tahun – 100% herba base. Jangan risau, ada moneyback guarantee kalau dah guna tapi tak ada positive result.
References:
DrRidzSkinLabs.com has strict sourcing guidelines and relies on peer-reviewed studies, academic research institutions, and medical associations. We avoid using tertiary references.
- Triggers and drivers of autoimmunity: lessons from coeliac disease
- The immune recognition of gluten in coeliac disease
- Celiac disease: From gluten to autoimmunity
- REVIEWS IN BASIC AND CLINICAL GASTROENTEROLOGY
- Involvement of Innate Immunity in the Development of Inflammatory and Autoimmune Diseases
- Cutaneous Hypersensitivity to Gluten
- Acupuncture and a gluten-free diet relieve urticaria and eczema in a case of undiagnosed dermatitis herpetiformis and atypical or extraintestinal celiac disease: a case report
MORE RELATED ARTICLES...
Betul ke Ayam Cucuk Ni Boleh Trigger Eczema?
“Kalau ada eczema, jangan makan ayam pasar (ayam cucuk), makan ayam organik je.” Selalu juga kan dengar statement pasal ayam cucuk ni betul? Dari feedback-feedback orang, memang ada yang work, ada yang tak. Jadi adakah betul ayam ni memang akan trigger eczema?
Hari ni saya bukan nak backup mana-mana tokey ayam, tapi saya share dari sudut pandang sains base on kajian & feedback pesakit eczema tu sendiri.
Betul Ke Makan Roti/Biskut (Gluten Base) Lama-Lama Boleh Dapat Eczema?
“Kalau ada eczema, jangan makan gluten.” Pernah dengar statement macam ni? Kedengaran macam logik, tapi is it really true? Atau sebenarnya ia cuma mitos yang selalu kita dengar bila sembang pasal pemakanan dan eczema? Sebenarnya bab-bab diet eczema ni banyak sangat misleading. Apa yang sains cakap, tak sepenuhnya agree dengan public opinion ni. Hari ni saya share skit isu ni dari sudut pandang sains & journal-journal perubatan.
#3 Mitos Kaitan Gluten Dengan Masalah Eczema Paling Popular Di Malaysia. Baca Ni Dulu Sebelum Korang Nak Pantang.
Topik pasal “Gluten” (tepung) ni memang sangat-sangat popular especially untuk yang ada masalah eczema & “leaky guts”. Tapi dalam banyak perception orang pasal gluten ni, rupanya banyak juga yang hanya “mitos” & salah faham. So, saya list #3 mitos/misconception yang paling famous. Yang nombor #3 tu la yang paling ramai terpesong.
Zaman Dulu Tak Ada Eczema Sebab Semua Makan Makanan “Kampung”… Betul Ke?
Betul ke eczema ni “Penyakit Zaman Moden” sebab berpunca dari gaya hidup orang sekarang yang suka makanan proses, minum manis2 tak macam orang dulu-dulu? Atau sebenarnya dari dulu lagi eczema dah wujud, kita jer yang tak tau?