#Tanya Dr.RIDZ
Artikel ini ditulis oleh:
Dr. PM Ridzuan
Head of Researcher, Director of Dr.Ridz SkinLabs & Dr.Ridz Manufacturing Sdn Bhd.
Topik pasal “Gluten” (tepung) ni memang sangat-sangat popular especially untuk yang ada masalah eczema & “leaky guts”. Tapi dalam banyak perception orang pasal gluten ni, rupanya banyak juga yang hanya “mitos” & salah faham.
So, saya list #3 Mitos Kaitan Gluten Dengan Masalah Eczema Paling Popular Di Malaysia. Yang nombor #3 tu la yang paling ramai terpesong.
#3 Mitos Kaitan Gluten Dengan Masalah Eczema Paling Popular Di Malaysia
Isi Kandungan
- #Mitos 1: “Gluten melekat pada usus, sebab tu boleh trigger eczema”
- #Mitos 2: “Makan roti gardinear banyak, boleh dapat eczema”
- #Mitos 3: “Kalau makan roti pastu naik ruam satu badan, mesti ada eczema”
- Kesimpulan: Kaitan Gluten dengan
- Nasihat Saya
#Mitos 1: “Gluten melekat pada usus, sebab tu boleh trigger eczema”
- Gluten ni sejenis protein yang features dia “melekat” & elastik. Jadi ramai yang ingat bila telan masuk perut, dia akan terus melekat dekat usus. No, it not work that way.
- Dalam gluten ni ada “Gladian” yang sangat susah dicerna oleh usus kecil. Untuk orang yang usus tak kuat ni (leaky gut), gladian yang tak boleh diproses ni akan buatkan usus tadi jadi longgar/bocor. Jadi fragment gluten + toksin +, bakteria yang ada dalam usus tu boleh masuk ke system darah melalui usus yang bocor tadi lalu cetuskan reaction immune system.
- Bila immune system ni dah kena trigger, itu yang jadi macam-macam jenis radang tu termasuklah symptom macam eczema.
#Mitos 2: “Makan roti gardinear banyak, boleh dapat eczema”
- Eczema ni adalah genetic disorder, maknanya benda ni memang dah ada dalam badan dia, bukan wujud sebab salah makan apa-apa. Makanan tu cuma triggered those symptom.
- Dalam DNA mereka Tuhan jadikan golongan ini sensitive terhadap certain benda/makanan. So bila dia consume benda ni, eczema dia akan trigger/flare sebab reaction dari usus masa proses makanan tu tadi. So wujudlah istilah-istilah macam gluten intolerance, lactose intolerance yang sometime orang ingat tu smua eczema.
- TAPI, boleh jadi juga yang trigger bila makan roti tu bukan sebab gluten pun, tapi sebab sensitive dengan benda lain dalam roti tu. Sebab roti putih ni memang sangat-sangat tinggi pengawet, tinggi indeks glisemik (GI), benda yang sangat tak bagus untuk perut budak.
Baca untuk lebih info: Betul Ke Makan Roti/Biskut (Gluten Base) Lama-Lama Boleh Dapat Eczema?
#Mitos 3: “Kalau makan roti pastu naik ruam satu badan, mesti ada eczema”
- Realitinya tak semua pesakit eczema alergik dengan gluten. Ramai je yang takde masalah makan roti tapi bila guna sabun basuh pinggan tangan naik biji-biji gatal. So that why kalau dia pantang makan tepung skalipun, eczema tak hilang sebab gluten bukan trigger untuk dia punya kes.
- Ada 1 penyakit ni nama dia Dermatitis Herpetiformis (DH) yang ada kaitan dengan penyakit celiac (gangguan autoimune disebabkan gluten). Mungkin ni je kot masalah alergy gluten yang kita boleh relate dengan eczema sebab symptom dia sama.
Kesimpulan: Kaitan Gluten dengan Ekzema.
Adakah gluten penyebab eczema? Jawapan ringkas: tak semestinya. Tapi, untuk sesetengah individu, ia boleh mencetuskan flare-up eczema.
Kajian menunjukkan bahawa gluten boleh menyebabkan masalah kulit seperti dermatitis herpetiformis (ruam gatal yang berkaitan dengan celiac disease). Selain tu, mereka yang ada non-celiac gluten sensitivity (NCGS) juga mungkin alami simptom eczema yang lebih teruk selepas makan gluten.
Keradangan sistemik (systemic inflammation) adalah salah satu sebab kenapa gluten dikaitkan dengan eczema. Gluten boleh mencetuskan tindak balas imun pada sesetengah individu, yang akhirnya memperburukkan keradangan kulit.
Nasihat Saya:
Unless memang confirm makan benda-benda yang berasaskan tepung gandum ni boleh trigger eczema, saya tak rasa ada keperluan untuk pantang makan tepung. Sebab banyak juga khasiat-khasiat gandum ni termasuk untuk kanak-kanak.
Tapi kalau takut sangat nak pantang juga, saya suggest pantang je dulu makan ROTI PUTIH yang korang selalu buat sarapan tu sapu jem/coklat tu. Seriusly, sikit sangat manfaat compare keburukan dia especially untuk budak-budak yang ada eczema. Sebab ada patient yang feedback dekat saya lepas cut roti ni untuk anak dia, eczema dah tak flare up. Mana tau kan, korang pun sama juga.
p/s:
Kalau anda masih lagi tercari-cari rawatan alternatif tanpa steroid, boleh cuba Dr.Ridz Soothing Cream hasil kajian saya selama lebih dari 6 tahun – 100% herba base. Jangan risau, ada moneyback guarantee kalau dah guna tapi tak ada positive result.
References:
DrRidzSkinLabs.com has strict sourcing guidelines and relies on peer-reviewed studies, academic research institutions, and medical associations. We avoid using tertiary references.
- Higher maternal bread and thiamine intakes are associated with increased infant allergic disease
- Dermatogenic enteropathy
- The clinical picture of NCGS is variable and usually includes IBS-like gastrointestinal manifestations and neurological symptoms, such as foggy mind and headache
- Gluten and skin disease beyond dermatitis herpetiformis: a review
- Cutaneous Manifestations of Non-Celiac Gluten Sensitivity: Clinical Histological and Immunopathological Features
- Pathogenesis of Celiac Disease and Other Gluten Related Disorders in Wheat and Strategies for Mitigating Them
MORE RELATED ARTICLES...
Betul ke Ayam Cucuk Ni Boleh Trigger Eczema?
“Kalau ada eczema, jangan makan ayam pasar (ayam cucuk), makan ayam organik je.” Selalu juga kan dengar statement pasal ayam cucuk ni betul? Dari feedback-feedback orang, memang ada yang work, ada yang tak. Jadi adakah betul ayam ni memang akan trigger eczema?
Hari ni saya bukan nak backup mana-mana tokey ayam, tapi saya share dari sudut pandang sains base on kajian & feedback pesakit eczema tu sendiri.
Betul Ke Makan Roti/Biskut (Gluten Base) Lama-Lama Boleh Dapat Eczema?
“Kalau ada eczema, jangan makan gluten.” Pernah dengar statement macam ni? Kedengaran macam logik, tapi is it really true? Atau sebenarnya ia cuma mitos yang selalu kita dengar bila sembang pasal pemakanan dan eczema? Sebenarnya bab-bab diet eczema ni banyak sangat misleading. Apa yang sains cakap, tak sepenuhnya agree dengan public opinion ni. Hari ni saya share skit isu ni dari sudut pandang sains & journal-journal perubatan.
#3 Mitos Kaitan Gluten Dengan Masalah Eczema Paling Popular Di Malaysia. Baca Ni Dulu Sebelum Korang Nak Pantang.
Topik pasal “Gluten” (tepung) ni memang sangat-sangat popular especially untuk yang ada masalah eczema & “leaky guts”. Tapi dalam banyak perception orang pasal gluten ni, rupanya banyak juga yang hanya “mitos” & salah faham. So, saya list #3 mitos/misconception yang paling famous. Yang nombor #3 tu la yang paling ramai terpesong.
Zaman Dulu Tak Ada Eczema Sebab Semua Makan Makanan “Kampung”… Betul Ke?
Betul ke eczema ni “Penyakit Zaman Moden” sebab berpunca dari gaya hidup orang sekarang yang suka makanan proses, minum manis2 tak macam orang dulu-dulu? Atau sebenarnya dari dulu lagi eczema dah wujud, kita jer yang tak tau?