Zaman Dulu Tak Ada Eczema Sebab Semua Makan Makanan “Kampung”… Betul Ke?

  #Tanya Dr.RIDZ  

Artikel ini ditulis oleh:
Dr. PM Ridzuan
Head of Researcher, Director of Dr.Ridz SkinLabs & Dr.Ridz Manufacturing Sdn Bhd.

“Betul ke ECZEMA ni ‘Penyakit Zaman Moden’ sebab berpunca dari gaya hidup orang sekarang yang suka makanan proses, minum manis2 tak macam orang dulu-dulu? Atau sebenarnya dari dulu lagi eczema dah wujud, kita jer yang tak tau?”

Adakah ini memang FAKTA? Atau adakah ini MITOS perception orang sahaja?

Sebenarnya boleh jadi BETUL, dan  boleh jadi SALAH! Nak tau kenapa? Boleh baca explanation saya dekat bawah ni…

Eczema – Penyakit Zaman Moden atau Dah Lama Ada?

Isi Kandungan

  1. FAKTA : Zaman Dulu Semuanya Lebih Natural
  2. MITOS : Orang Dulu Pun Ada Eczema, Tapi…
  3. Nasihat Saya Untuk Pesakit Eczema
  4. Kesimpulan: Tiada Rawatan Mutlak Untuk Pulihkan Eczema

FAKTA : Zaman Dulu Semuanya Lebih Natural

Kalau kita tengok balik gaya hidup orang dulu, memang jelas banyak perkara lebih simple dan berkisar dengan alam semula jadi, samada gaya hidup atau pemakanan.

  • Tak Ada Processed Food/GMO.
    Zaman dulu tak ada fast food, GMO, atau makanan tinggi gula. Tak wujud lagi boba tea, cheesecake, atau dunkin donat. Kedai runcit pun boleh bilang dengan jari, apa lagi mall2 besar.
    Sayur tanam sendiri, semuanya tanpa racun. Ayam telur pun bela sendiri, takde suntik2 hormon. Ada teori yang kata makanan GMO boleh alter DNA manusia dalam jangka panjang. Tapi teori ni masih belum ada bukti saintifik kukuh – kebanyakan masih spekulasi. So tak pasti sejauh mana kebenarannya. 

Tapi kena ingat, bukan makanan je faktor yang boleh trigger eczema, banyak lagi benda lain yang boleh trigger. Contoh:

  • Penggunaan Produk-Produk Berkimia
    Dulu sabun basuh pinggan pun mungkin belum wujud. Sekarang macam2 jenis sabun, gel, shampoo, softener, perfume etc. Sabun dulu kebanyakannya natural – dari minyak kelapa atau minyak zaitun. Tak ada bahan synthetic sulfate (SLS,SLES,ALS,ALES) atau alkohol yang kita tahu boleh jadi pencetus eczema.
  • Faktor Persekitaran yang Lebih Sihat
    Zaman dulu, kucing pun orang tak bela dalam sangkar duduk dalam rumah. Sekarang pasir tahik kucing pun depan pintu. Udara luar pun lebih bersih, kurang habuk, kurang asap kenderaan, dan cuaca pun tak se-ekstrem sekarang. 

MITOS : Orang Dulu Pun Ada Eczema, Tapi…

Walaupun gaya hidup orang dulu2 lebih natural, tapi tak bermaksud eczema tak wujud.

  • Kurang Ilmu & Pendedahan. 
    Zaman dulu, orang tak tahu apa itu eczema. Ruam merah, gatal kulit, kurap, kayap,  smuanya diorg ingat adalah benda yang sama. Tak pun kena “kencing Jin” – jumpa bomoh.
  • Rawat Cara Traditional.
    Orang dulu lebih prefer rawat cara kampung, tak pegi klinik jumpa doktor. Kalau sakit kulit, banyak yang akan tempek daun herba (sireh, gelenggang) atau rebus akar kayu. Tapi tak nafi memang kajian moden dah membuktikan herba seperti daun sireh & gelenggang memang tinggi sifat antifungal dan antiradang untuk masalah kulit.
  • Sekarang Ramai ke Hospital/Klinik
    Beza dengan sekarang, smua penyakit orang pegi klinik/hospital untuk rawatan. Jadi bila lebih ramai dapat rawatan, lebih banyak kes eczema direkod. Tapi rawatan moden pun bukan semua serasi untuk semua orang. Sebab tu penting untuk kita sentiasa well-informed ubat apa yang diorg bagi. Tanya doktor betul-betul side effect semua, jangan simply telan je apa diorg bagi.

 

Nasihat Saya Untuk Pesakit Eczema

Kesimpulannya, dulu atau sekarang, eczema tetap ada. Cuma bezanya, kita sekarang ada lebih banyak ilmu dan teknologi untuk memahami dan merawat penyakit ni.

  • Makanan/Diet Untuk Eczema
    Faham betul2 bab makan ni. Setiap orang ada trigger berbeza. Jangan pantang tak tentu hala, terutama untuk anak kecil. Mereka perlukan makanan seimbang untuk tumbesaran. Jangan 100% dengar cakap orang. Anak dia tak boleh makan ikan, belum tentu lagi anak awak tak boleh makan ikan juga.
  • Alert Dengan Trigger
    Eczema bukan sekadar makan. Banyak faktor lain yang boleh jadi pencetus – habuk, sabun, stress, suhu panas macam2 lagi. Setiap kali ada flare-up, cuba detect puncanya. Mungkin boleh buat Food Diary atau Journal. Bila ada catatan, lebih mudah nak bincang dengan doktor atau cari solusi.
  • Jangan Terlalu Bergantung Dengan Steroid.
    Jangan terus guna krim steroid setiap kali gatal2/ruam2 merah. Pastikan kulit tu sentiasa lembab. Faham betul2 kesan sampingan bila guna steroid untuk jangka masa panjang especially kawasan muka, sensitif & kulit kanak2.
  • Guna Produk Yang Terbukti Selamat
    Bila eczema flare, priority masa ni bukan lagi kawal makanan. Kena cepat-cepat rawat kawasan yang terkena supaya tak melarat. Jangan tengok testimoni sahaja. Study betul-betul ingredient yang guna, daftar tak dengan KKM. Hati-hati kalau janji 2-3 hari terus baik, sebab ni memang tipikal kesan steroid (instant effect).

 

Kesimpulan: Tiada Rawatan Mutlak Untuk Pulihkan Eczema

Sampailah hari ini, belum wujud lagi produk yang mampu pulihkan eczema secara total. Ada orang yang serasi dengan satu-satu rawatan/produk, tapi tak semestinya pesakit lain guna akan dapat hasil yang sama macam dia. Kalau ada seller yang claim produk dia boleh pulihkan eczema anda 100%, tolong lari jauh-jauh kalau tak nak kena tipu.

Jadi hingga hari ini, anda memang terpaksa guna pendekatan “Try & Error” untuk cuba mana yang sesuai.

Sebab tu setiap pembelian produk Dr.Ridz Skinlabs, macam krim Dermcare Soothing Cream, kami sertakan skali moneyback guarantee. In case tak serasi, boleh refund balik duit. Lagipun, semua produk kami adalah herba base, bebas steroid. Jadi tak perlu risau kesan sampingan untuk try.

Eczema ni masih lagi banyak persoalan yang sains moden tak boleh nak jawab. Trigger untuk setiap orang berbeza. A boleh makan ayam, tapi B tak boleh, so on & so forth. Sampai mangkuk jamban pun ada yang alergik.

Walaupun kajian kata pemakanan cuma 5-10% je faktor trigger eczema, tapi base on feedback pesakit plak, ramai juga yang cakap dengan control makan je eczema diorg improve. Ada yang bila dah meningkat remaja, eczema dia hilang dengan sendiri, tapi ada yang lekat sampai ke tua. Wallahualam…

p/s:
Kalau anda masih lagi tercari-cari rawatan alternatif tanpa steroid, boleh cuba Dr.Ridz Soothing Cream hasil kajian saya selama lebih dari 6 tahun – 100% herba base. Jangan risau, ada moneyback guarantee kalau dah guna tapi tak ada positive result.

MORE RELATED ARTICLES...

Diet Eczema

Betul ke Ayam Cucuk Ni Boleh Trigger Eczema?

“Kalau ada eczema, jangan makan ayam pasar (ayam cucuk), makan ayam organik je.” Selalu juga kan dengar statement pasal ayam cucuk ni betul? Dari feedback-feedback orang, memang ada yang work, ada yang tak. Jadi adakah betul ayam ni memang akan trigger eczema?

Hari ni saya bukan nak backup mana-mana tokey ayam, tapi saya share dari sudut pandang sains base on kajian & feedback pesakit eczema tu sendiri.

Read More »
Diet Eczema

Betul Ke Makan Roti/Biskut (Gluten Base) Lama-Lama Boleh Dapat Eczema?

“Kalau ada eczema, jangan makan gluten.” Pernah dengar statement macam ni? Kedengaran macam logik, tapi is it really true? Atau sebenarnya ia cuma mitos yang selalu kita dengar bila sembang pasal pemakanan dan eczema? Sebenarnya bab-bab diet eczema ni banyak sangat misleading. Apa yang sains cakap, tak sepenuhnya agree dengan public opinion ni. Hari ni saya share skit isu ni dari sudut pandang sains & journal-journal perubatan.

Read More »
Diet Eczema

#3 Mitos Kaitan Gluten Dengan Masalah Eczema Paling Popular Di Malaysia. Baca Ni Dulu Sebelum Korang Nak Pantang.

Topik pasal “Gluten” (tepung) ni memang sangat-sangat popular especially untuk yang ada masalah eczema & “leaky guts”. Tapi dalam banyak perception orang pasal gluten ni, rupanya banyak juga yang hanya “mitos” & salah faham. So, saya list #3 mitos/misconception yang paling famous. Yang nombor #3 tu la yang paling ramai terpesong.

Read More »

Leave a Reply